Categories
Kerjaya

7 TIP KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA KERJA (PART 2)

Macam mana dengan tip temu duga sebelum ini? Membantu tak? Kali ini saya tambahkan lagi 7 tip.

Macam mana dengan tip temu duga sebelum ini? Membantu tak? Kali ini saya tambahkan lagi 7 tip.

1. Berada di sisi yang sama dengan penemuduga 

Duduk sebaris dengan penemuduga ke? Bukan, jangan salah faham. 

Begini ya, penemuduga selalu melihat sesi temuduga sebagai pertentangan, iaitu calon akan berusaha mencari ruang membuat tawaran kepada mereka dan tugas penemuduga adalah bertahan. 

Sekarang, anda perlu tukar situasi ini kepada hubungan yang lebih baik, sepertilah anda juga satu kapal dengan mereka. Itu maksudnya berada di satu sisi. Jadi geng.

Anda boleh sahaja sampaikan ayat ringkas seperti, “Saya gembira dengan peluang untuk belajar lebih banyak mengenai syarikat ini dan pada masa yang sama untuk encik/puan belajar mengenai saya. Dari situ, kita boleh sama-sama lihat jika ia boleh jadi padanan yang baik ataupun tidak. Saya selalu fikir yang hal terburuk boleh berlaku adalah diberi jawatan yang tidak sesuai untuk saya dan seterusnya membuatkan semua orang tidak seronok.”

Terus penemuduga tak rasa mereka perlu bertahan dengan anda, sebaliknya mencari sisi terbaik yang memanfaatkan semua.

2. Tegas dan bertanggungjawab 

Mungkin sebab mahu bersikap sopan, ada calon yang selalunya tegas menjadi terlalu pasif semasa sesi temuduga kerja. Ia tidak harus berlaku. 

Sesi temuduga seharusnya menjadi sesi perbualan dan ia memerlukan dua pihak. 

Jangan buat silap dengan hanya duduk dan tunggu penemuduga bertanya mengenai Hadiah Nobel yang anda pernah dapat. 

Menjadi tanggungjawab anda untuk pastikan mereka tahu ciri-ciri unik anda. Tunggu dan diam dengan harapan mereka menemui maklumat itu di dalam resume anda adalah kesilapan yang harus dielakkan.

Manfaatkan pertanyaan, “Tell me about yourself.” Ceritakan pengalaman anda hingga menang Anugerah Naib Canselor apabila ditanya soalan ini.

3. Bersedia untuk soalan sensitif dan tidak wajar

Penemuduga mungkin akan bertanya mengenai bangsa, umur, agama, orientasi seksual, status dan banyak lagi hal yang sensitif dan tidak wajar. Jika tiada, bagus. Sekiranya ada, anda mempunyai beberapa pilihan. 

Anda boleh sahaja menjawab dengan soalan, “Saya tidak pasti jika soalan ini relevan dengan jawatan yang ditawarkan.” 

Atau anda boleh jawab dengan soalan di sebalik soalan, “Saya tidak pasti sama ada saya akan putuskan untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, tetapi sekiranya anda khuatir saya akan berhenti kerja buat sesuatu tempoh, saya hanya boleh beritahu yang saya komited dengan kerjaya. Jujur, saya tak boleh bayangkan yang saya akan melepaskan kerja saya.” 

4. Jangan Mengadu dan Bersikap Positif 

Tidak ada orang yang suka kepada pengadu. Maka, jangan ceritakan pengalaman negatif semasa temuduga. 

Walaupun apabila penemuduga bertanya soalan tricky seperti, “Kursus apa yang anda paling tak suka?” atau “ Apa yang anda paling tak suka dengan kerja sebelum ini?”

Tidak perlu jawab sekiranya anda ditanyakan soalan begini. 

Sebaliknya, anda boleh sahaja pusingkan dengan menjawab, “Saya menemukan satu hal menarik daripada kesemua kelas atau kursus yang saya hadiri. Contohnya, walaupun ada kelas yang sangat mencabar, saya suka yang [point positif pasal kelas].”

Atau anda boleh jawab, “Saya suka [kerja sebelum ini] tetapi sekarang saya tahu yang saya mahu belajar skil baru daripada [pekerjaan yang sedang diminta].”

5. Jangan panik dan bersedia dengan salinan resume 

Sediakan lebih salinan resume anda dan bawa semasa hadir temuduga walaupun ia sudah dihantar ke syarikat semasa membuat permohonan. 

Manalah tahu penemuduga tersalah letak salinannya, anda akan dapat menjimatkan masa (dan menutupi rasa malu penemuduga atas kesilapannya) dengan hanya memberi salinan anda kepada mereka. 

Ia juga menampakkan anda bersedia dengan kemungkinan. Ini sikap yang bagus dan mungkin menjadi point positif tambahan untuk anda tanpa anda tahu.

6. Jangan risau bunyi macam dirancang

Ada yang kata risau nada jawapan akan berbunyi seperti dirancang apabila kerap berlatih. 

Jangan risau. Apabila anda cukup bersedia, jawapan dan ayat anda akan hanya lancar dan jelas, bukan dirancang. 

Risau hanya sekiranya anda tidak membuat persediaan, itu jauh lebih baik. Bayangkan jika anda tak pernah berlatih, berapa banyak filler yang akan keluar waktu anda berhadapan dengan penemuduga nanti?

7. Jangan lepaskan peluang apabila ditanya “Tell me about yourself”

Ramai penemuduga memulakan sesi dengan soalan. Bagaimana anda nak respon? 

Jangan buku cerita latar hidup sebaliknya manfaatkan soalan ini sebaik mungkin dengan menghalakannya kepada sebab syarikat perlu mengambil anda untuk isi jawatan berkenaan. 

Anda boleh sahaja jawab begini, “Sudah tentu ada banyak yang saya boleh kongsi tetapi ada tiga perkara penting yang encik/puan perlu tahu pasal saya [terus masuk point mengenai ciri-ciri unik anda]. Saya boleh olah lanjut jika encik/puan mahu.”

Jika penemuduga beri lampu hijau, terus sahaja sambung cerita anda. “Mengenai ciri pertama, saya [beri contoh]. Dan masa saya bekerja atau menjadi intern untuk [syarikat], saya [contoh ciri unik]. Strategi begini akan beri anda untuk fokuskan 10-15 minit daripada sesi kepada ciri-ciri unik anda.  

Okey, saya berhenti dulu di sini. Nanti saya sambung dalam post akan datang, part 3. Jangan lupa follow. Nak bookmark terus web ni pun boleh. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *