Categories
Kerjaya

7 TIP KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA KERJA (PART 3)

Dah baca senarai tip dalam Part 1 dan Part 2? Kali ini saya tambahkan lagi 7 tip dan ini ialah bahagian akhir.

Dah baca senarai tip dalam Part 1 dan Part 2?

Membantu tak?

Kali ini saya tambahkan lagi 7 tip dan ini ialah bahagian akhir.

Tak ada Part 4 lepas ni. Kita move on ke topik lain pula. 

Selamat membaca!

1. Plan jadual dan datang 10-15 minit lebih awal

Rangka perjalanan anda ke lokasi temuduga supaya anda boleh sampai lebih awal.

Jangan terlalu awal kerana menunggu terlalu lama mungkin hanya akan membuat anda lebih panik. 

Juga, elakkan sampai terlalu dekat dengan masa temuduga supaya anda ada masa untuk bertenang. 

Sekiranya anda menaiki pengangkutan awam, sediakan pelan B dan C sekiranya ada halangan tidak dijangka berlaku seperti jadual perjalanan tren delay, bas penuh dan terpaksa tunggu yang lain, tiba-tiba tukar laluan, dan sebagainya.

2. Perlakukan semua orang dengan hormat

Hormat semua orang yang anda jumpa, tak kisahlah di lot parkir, perhentian bas dan LRT, pegawai keselamatan, mak cik cleaner dan staff di meja depan.

Anggap sahaja mereka adalah bakal penemuduga anda dan memang benar, anda tak tahu siapa tidur dengan siapa. 

Walaupun mereka bukan penemuduga anda, tidak mustahil bakal majikan ada di suatu sudut dan memerhatikan semua itu. 

Kalaupun ia tidak berlaku, itu adalah sikap yang sepatutnya anda tunjuk walau di mana pun anda berada.

Hormat adalah sesuatu yang perlu kita usaha untuk dapatkan dan ia tidak akan datang kecuali kita menghormati orang lain terlebih dahulu.

3. Gunakan bahasa tubuh yang betul

Pakai persalinan yang sesuai dan buat eye contact dengan penemuduga. 

Jika perlu berjabat tangan, genggam tangannya dengan firm dan bukan sekadar sentuh atau letak jari di atas tangan penemuduga. 

Waktu duduk pula, duduk dengan postur yang betul. Bercakap dengan jelas apabila menjawab soalan dan bertanya. 

Paling penting, jangan pakai perfume atau cologne yang baunya kuat!

Ada masanya lokasi temu duga hanya bilik kecil yang pengudaraannya pun tak bagus mana.

Jangan buat penemuduga pening dengan bau perfume anda. Itu bukan sasaran pergi temu duga. 

4. Bersedia dengan soalan tricky yang berkisar mengenai sikap

Salah satu stail temuduga sekarang ialah penemuduga meminta anda menggambarkan atau menceritakan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan.

Berhati-hati, kerana mereka menilai sikap anda daripada jawapan yang diterima. 

Anda mungkin akan ditanya mengenai pengalaman membuat keputusan tidak popular, atau terpaksa bertahan dengan sesuatu hal yang tidak menyenangkan, atau buat keputusan di bawah tekanan masa dan maklumat yang terhad. 

Semua jawapan yang diberi akan memberi mereka gambaran sikap anda terhadap pekerjaan nanti.

5. Tanya mengenai langkah seterusnya

Selepas habis sesi temuduga, tanya penemuduga anda mengenai hal ini. Apa yang perlu dijangka?

Adakah anda akan dipanggil melalui emel atau panggilan telefon?

Atau anda perlu bersedia sekiranya ada sesi temuduga kedua?

Atau anda perlu meyiapkan senarai pengalaman kerja dan rujukan yang perlu dihantar kepada syarikat sebelum mereka membuat keputusan akhir bagi jawatan yang ditawarkan?  

6. Hantar nota terima kasih

Selepas temuduga, hantar nota terima kasih kepada penemuduga. Anda boleh saja tulis pada kertas atau hantar emel.

Jangan lupa, buat nota khusus kepada penemuduga anda. 

Caranya, anda ucapkan terima kasih dengan merujuk terus kepada konten yang dibincangkan semasa temuduga.

Contohnya, “Saya masih teruja dengan sesi semalam, terutama apabila tuan/cik berkongsi tentang….”  

Bagi menulis nota terima kasih yang bagus, anda perlu ambil masa selepas setiap sesi temuduga untuk mencatat beberapa perkara yang disebut oleh penemuduga. 

Juga, tulis nota untuk diri sendiri; apa yang anda boleh buat lebih bagus untuk sesi itu dan buat penambahbaikan itu sebelum anda hadir temuduga seterusnya.

7. Jangan putus asa

Jika anda pernah tunjukkan prestasi buruk semasa satu-satu temuduga kerja, jangan berputus asa. Ia pengajaran dan pengalaman yang baik. 

Apa yang boleh anda buat untuk move on?

Tulis nota, emel atau hubungi penemuduga dan beritahu mereka yang anda sudah buat silap semasa temuduga.

Anda gagal menyampaikan dengan baik bahawa anda adalah orang yang paling sesuai untuk kerja berkenaan sebagaimana yang anda fikir. 

Ulang semula kepada mereka mengenai kelebihan yang anda miliki dan bagaimana ia boleh membantu syarikat.

Serta, beritahu mereka yang anda mahu peluang untuk menyumbang kepada syarikat. 

Sama ada ia akan berjaya ataupun tidak, hasilnya adalah subjektif bergantung kepada syarikat dan anda sendiri.

Satu hal yang pasti, peluangnya akan sifar jika anda tak cuba langsung. 

Baik, sampai di sini sahaja perkongsian saya.

Saya percaya ada banyak lagi tip untuk anda hadiri temuduga di luar sana, dan anda boleh pilih mahu baca dan ikut yang mana. Sesuaikan dengan apa yang anda ada. 

Akhir kata, selamat berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *