Categories
Kesihatan

ANTARA TIDUR DAN BERSENAM, MANA LEBIH PENTING?

Teka-teki ini tak ubah seperti persoalan epik ayam dan telur, mana yang keluar dulu? Di antara tidur dan senaman, mana satu yang lebih penting?

Tidur boleh berikan anda tenaga, perbaiki otot-otot, seimbangkan hormon dalaman dan buatkan tubuh anda bersedia mengharungi cabaran setiap hari.

Manakala senaman boleh membantu anda dapat tidur yang berkualiti, emosi yang stabil, dan meningkatkan kadar metabolisma anda.

Jadi, jika anda hanya ada 30 minit untuk tidur atau bersenam, apa pilihan anda?

Pertama sekali, memilih salah satu perkara di atas bukanlah isu sebenar, sekurang-kurangnya bagi kebanyakan orang.

Realitinya, ramai orang memiliki waktu tidur yang disarankan antara 7 ke 8 jam sehari dan cukup masa untuk bersenam selama 30 minit paling minima. 

Anda tak mampu buat semua tu?

Nampaknya, anda perlu ubah semula sasaran kesihatan diri dalam carta kehidupan anda.

Walaupun agak mengejutkan, namun doktor pakar lebih mengutamakan tidur dari senaman.

Ya, memang penting untuk anda selalu bersenam, tapi akan ada hari tertentu yang anda terlalu penat hingga tak larat buka kelopak mata, tak perlu rasa bersalah jika terpaksa langgar rutin.

Berehatlah dan tidur lena bagaikan Sleeping Beauty.

Sebenarnya tidur, secara tak langsung adalah senaman terbaik yang anda boleh hadiahkan kepada tubuh sendiri, pastikan dapat rehat secukupnya untuk bersedia melompat di gym keesokan hari.

Bagi meningkatkan kualiti tidur, mungkin anda boleh cuba amalkan beberapa cadangan dari doktor pakar:

1. Elakkan Penggunaan Alat Elektronik Sebelum Tidur

Komputer, laptop, telefon, iPad dan televisyen adalah masalah terbesar.

Ramai orang tak sedar betapa cahaya biru yang dipancarkan menerusi kesemua peranti dapat menutup penghasilan hormon melatonin. 

Melatonin ni sejenis hormon yang diproses secara semulajadi oleh badan kita, ia akan berkembang pada waktu tengah hari dan manfaatnya dapat menggalakkan keinginan untuk tidur. 

Cahaya biru ini menghalang produksi hormon melatonin, sekaligus mengganggu kitaran tidur normal. Ia tak bagus buat kesihatan badan kita. 

Jadi apa yang anda boleh buat?

Cuba ketepikan semua gajet, sorok telefon dalam almari lagi bagus.

Dan, pilihlah sebuah buku yang menarik untuk dibaca sebelum tidur, jadikan ia hobi baru anda. 

2. Makanlah Secara Sihat, Terutamanya Sebelum Tidur

Anda suka minum lewat malam?

Bancuh air kopi dan makan biskut krim lemon?

Baiklah. Makan satu pek biskut sebelum tidur bukan setakat akan menambah inci ukuran pinggang, ia juga mampu mengganggu tidur anda.

Sebab apa?

Sebab setiap kali anda makan, tubuh akan respon dengan mengeluarkan hormon yang mencetus reaksi kimia bagi mencerna semua makanan itu tadi jadi produk untuk kegunaan badan.

Memberi tubuh makanan yang tinggi glisemik akan menjadi punca pelbagai rangsangan seperti produksi insulin berlebihan, diikuti kadar kelajuan adrenalin dan berlakunya darah rendah.

Bila sistem tekanan anda diaktifkan pada waktu malam, maka hampir mustahil untuk anda tertidur atau tidur dengan tenang.   

Elakkan kafein, gula dan makanan ringan apabila jarum jam dah tunjukkan pukul 8 malam ke atas.

Sebaiknya anda minum jus yang berkhasiat seperti Juzfit. 

Dalam jus ini terkandung ekstrak lemon, mangga Afrika, madu dan blueberi, menjadikan rasanya sungguh lazat dan segar.

Minuman Juzfit Fibershot ini membuatkan tubuh cergas dan bertenaga.

Anda berminat mahu cuba minum? Hubungi saya sekarang ya.  

3. Gunakan Tilam Berkualiti Tinggi

Material tilam yang bagus selalunya mahal.

Golongan yang sederhana mungkin berfikir lebih 10 kali, untuk buat keputusan antara keperluan dan kehendak. 

Tapi apabila bercakap soal kesihatan, bagaimana perasaan anda setiap hari, tahap tenaga anda dan kemampuan menyelesaikan tugasan – tilam berkualiti tinggi adalah satu pelaburan yang berbaloi.

Kajian dah buktikan, tilam busa mampu memperbaiki sistem tidur berbanding tilam lama yang ada spring. 

Fakta ini betul jika anda seorang yang aktif. 

Maksud tidur yang sempurna adalah apabila badan anda berehat, memulihkan tenaga dan kembali cergas.

Itulah masanya otot-otot tumbuh dan diperbaiki. Otak dan tubuh anda menyerap maklumat yang terkumpul sepanjang hari, mencipta jalan keluar yang baru dan berhubung.

Antara ciri-ciri tilam yang boleh dipertimbangkan sebelum membeli ialah, tahap ketebalan, pengudaraan yang baik, fabrik yang sejuk, dapat melawan pembentukan bakteria penyebab bau serta memberikan sokongan penuh kepada postur badan anda.

Pilihlah tilam terbaik yang boleh membuatkan anda tidur nyenyak tanpa gangguan. 

4. Gunakan Minyak Lavendar

Anda mungkin pernah dengar bahawa lavendar mencipta rasa tenang yang membantu proses tidur.

Sesiapa yang ada imsonia turut disarankan guna aromaterapi berbau lavendar ini. Dah terbukti rawatan berjalan lancar dan ramai yang sembuh.

Aromaterapi berperanan merangsang saraf hidung dan otak.

Wangiannya tahan lama, jadi hanya gunakan sikit je dah cukup. Jatuhkan beberapa titis minyak dan sapu pada pergelangan tangan anda sebelum tidur.

Jika anda nak satu bilik berbau harum bunga lavendar, gunakan diffuser.

Ia adalah alat yang menukar minyak aromaterapi menjadi wap dan menyebarkannya ke setiap sudut.  

Satu lagi fakta menarik, minyak lavender turut diletakkan dalam bilik kecemasan dan rumah orang tua, bagi mengasilkan tidur yang berkualiti. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *